Sudah lama masyarakat Tambunan mengidam akan kewujudan restaurant Franchise seperti KFC di Tambunan. Bila mengidam makan KFC, biasanya orang-orang Tambunan terpaksa naik kereta ke Keningau. Di Keningau sahaja ada dua KFC. Di Ranau, Penampangm Tenom dan daerah-daerah berdekatan sudah lama ada KFC.

Kini tibalah masanya KFC muncul di Tambunan. Menurut ‘rumour’ KFC ini yang sekian lama menjadi mimpi akhirnya akan memunculkan branchnya di Tambunan.

Bukan senang untuk membuka Franchise ini. Perlu modal sekurang-kurangnya RM1 Juta. Perlu manpower, training dan masa yang secukupnya untuk menjalankan Franchise yang cukup pop-ular ini. Bukan kaleng-kaleng. Mungkin perlu masa lagi untuk KFC Tambunan wujud.

Tapi jangan sedih dan kecewa, sebenarnya di Kg. Rompon, pertengahan jalan Keningau dan Tambunan ada KFC yang boleh mengubat rindu makan ayam goreng Colonel Sanders, lebih sedap dan sekaligus mampu mengubah selera anda. Perkenalkan, Kinoring Fresh or Cooked. Kinoring yang dijual di sini ada yang sudah disalai atau mentah. Boleh juga minta tolong masak Sinalau bakasnya. Ikut selera masing-masing.

Kinoring Fresh or Cooked atau panggilan manja KFC Rompon.

Makanan ini paling sedap jika dimakan bersama dengan satu set beer atau stout. Sambal lada juga menjadi kemestian sebagai santapan. Sama ada dipanggang, digoreng, dijadikan sup atau disteam, KFC ini tetap sedap. Silakan mengunjungi KFC Rompon di lokasi ini:

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of